Buletin Utama, TV3 20 Jun melaporkan bahawa kemuncak pembunuhan Sir Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.
Ada beberapa perkara yang mesti kita ingat sebelum menuding ke arah komunis dan memuja Henry Gurney.
Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Penjajah tentunya seorang pengganas. Komunis adalah pengganas, tetapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?
Penjajah tentunya pengganas tetapi pengganas tak semestinya penjajah. Sekali lagi, siapakah yang lebih merbahaya?
Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita telah mengabadikan nama Henry Gurney kepada sebuah sekolah jahat.
Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney dan Sekolah Henry Gurney adalah sekolah penjaran di Melaka, Malaysia. Ia terletak di Teluk Mas.
Henry Gurney dari Palestin
Siapakah Henry Gurney ini? Buletin Utama TV3 tidak menjelaskan siapa beliau ini. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang?
Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dipindahkan ke Malaya sehingga 1948.
Jasa-jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang juga di Palestin. Dan ketika inilah wilayah Palestin mula dimasuki oleh Yahudi dan Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, umat Islam sewajarnya mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini.
Lagu Malaya Tetap Merdeka (1959)
Berdasarkan rekod-rekod cemerlang beliau dalam usaha membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.
Namun, barangkali pihak komunis bukanlah membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin.
Pihak komunis membunuhnya kerana beliau adalah wakil penjajah British yang mahu meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya. Justeru, mengapakah kita kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah menggerakkan pasukan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.
Kalau pun kita tidak mahu berterima kasih kepada komunis kerana komunis itu pengganas, maka setidak-tidaknya kita kena mengetahui bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.
Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sendiri sehingga selepas kematiannya akibat dibunuh komunis, maka kita pun mula melancarkan darurat untuk memerangi komunis.
Kepada Buletin Utama TV3, sebelum mengecam keterlaluan ke atas komunis, dedahkanlah terlebih dulu, siapa Henry Gurney ini kepada rakyat kita di Malaya Merdeka.
Merdeka!!!
Post a Comment