12:17 PM

(0) Comments

Jika M’sia diserang Mongolia, ‘mungkin’ UG kembali relevan

Lentera Jingga

Dalam debat dan ulasan di blog-blog, di warung-warung kopi, akhirnya terserlah jua satu alasan yang cukup kukuh mengenai kerelevanan Kerajaan Perpaduan ini.

Iaitu, Kerajaan Perpaduan hanya relevan dan boleh diwujudkan jika negara diserang oleh musuh. Tanpa alasan ini, maka tiada keperluan menubuhkan Kerajaan Perpaduan itu.

Situasi yang lebih kurang sama berlaku pada zaman arwah Ustaz Fadhil Noor ketika Dr Mahathir diserang Amerika. Di situ Dap, Umno, Pas dengan tiba-tiba bersatu bersama Dr Mahathir ketika berdepan dengan USA.

Jadi kalau negara diserang oleh negara luar seperti Mongolia misalnya, maka barulah UG itu relevan. Tapi, itu pun ada pengecualian juga.

Misalnya jika Mongolia berkata, "Kami enggan bermusuh dengan rakyat Malaysia yang sebenarnya. Kami nak tangkap seorang saja, iaitu Najib Razak."

Maka, jika itu saja kehendak Mongolia, Kerajaan Perpaduan mungkin kekal sebagai idea yang tidak relevan juga. Ini kerana, Mongolia bukannya mahu meluaskan empayarnya ke Malaysia. Tapi mereka cuma mahukan Najib Razak sahaja.

Penyelesaiannya, serahkan sahaja Najib Razak kepada Mongolia. Jawatan PM diserahkan sahaja kepada Muhyiddin Yassin yang sedang menunggu Najib jatuh.

Bagi Muhyiddin, beliau kemungkinan besar akan setuju. Ini kerana, inilah masanya untuk melompat menjadi PM dalam masa yang cepat. Dalam proses biasa, Muhyiddin tentunya sukar menjadi PM.

Dan kita pun pulang kepada sistem perang yang asal, iaitu BN vs PR sehingga pilihan raya umum ke-13. Tidak perlu lagi langkah mundur ke belakang untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan itu.

ADEGAN MERAYU DIHENTIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN


Cikgu Pa dah jumpa TGNA, Ust Nasha dah jumpa ke belum?
Cikgu Pa pernah berjumpa TGNA selepas Nik Aziz marahkan Cikgu Pa kerana keluarkan kenyataan di muka depan Harakah, berhubung 16 September yang tak akan berlaku. Tak tahulah adakah Ust Nasha sudah bertemu dengan TGNA atau pun tidak?

Pendokong idea UG perlu bertanggungjawab meminta maaf kalau dia silap. Tetapi, kalau mereka yakin bahawa apa yang dibuatnya itu adalah betul, apatah lagi setelah mengkritik ahli-ahli Pas sebagai tak faham konsep Kerajaan Perpaduan, maka menjadi kewajipan di atas pundaknya untuk berjuang memberi penjelasan mengenai apakah Kerajaan Perpaduan guna memahamkan ahli-ahli Pas sendiri.

Relevan UG dengan sebab Abdullah Ahmad Badawi?
Dalam wawancara di dalam majalah Editor I, TGHH menyatakan bahawa UG ini relevan ketika Abdullah Ahmad Badawi jadi PM, Presiden Umno. Selepas Najib jadi Presiden Umno, merangkap PM, maka idea UG ini, menurut TGHH, sudah tidak relevan lagi.

Hujah ini pun masih boleh didebatkan. Jika terjadi Kerajaan Perpaduan ketika Pak Lah sebagai Presiden Umno dan PM, dan ditakdirkan 2, 3 bulan selepas itu, Najib dinaikkan sebagai pengganti Pak Lah, adakah Pas masih setia mempertahan UG dalam keadaan Najib yang dilanda masalah yang pelbagai ini?

Maka, di manakah letaknya relevan UG ini yang sebenarnya? Kerana partinya (Umno) atau kerana orangnya (Najib, Pak Lah).

Mustafa: Cease all talks on unity gov't


Kenyataan Cikgu Pa ketika mahu ‘merayu’ agar pemimpin Pas menutup mulut di dalam isu UG ini pun menarik diteliti juga. Beliau berkata, pada masa sekarang ini, UG dah tak relevan. Sambil berseloroh, dan kerap menyalahkan laporan wartawan, beliau berkata,

“Jangan pula you tulis, pada ketika ini UG tidak relevan, selepas (pilihan raya) Manek Urai, (relevan).”

Ayat ini pun masih lemah. Sebab, kerelevanan itu masih tergantung kepada masa. Kita akan tertanya-tanya, sehingga bilakah UG ini boleh jadi relevan?

Jika Cikgu Pa jujur, berani dan jelas pemikiran dan perjuangannya, kena bagitahu bahawa selagimana PPSMI masih dikekalkan, selagi mana ISA, AUKU wujud dan lain-lain dasar kejam Umno-BN wujud, maka selagi itulah UG tidak relevan melainkan jika Malaysia diserang negarar luar (seperti Mongolia, itu pun dengan pengecualian).

Jangan disandarkan lagi kerelevanan UG ini hanya kerana hubungan baik dan hubungan peribadi mana-mana politikus dengan Abdullah Ahmad Badawi, Najib. Tapi, mestilah ia diukur dengan soal prinsip dan dasar.

Orang bawahan pun tahu dan sedar mengenai hubungan baik yang terjalin sesama orang politik berlainan parti ini. Sebab itu mereka marah apabila timbul idea UG hanya kerana hubungan baik peribadi dan bukan soal dasar dan prinsip.

Kita boleh makan semeja, hadiri kenduri nikah kahwin anak-anak mereka, solat sejemaah dan melakukan aktiviti keraian sekali.

Tetapi, apabila termaktub dalam al-Quran, sebagai “wa la tarkanu ilallazina dholamuu, fatamassakumun naar” – dan janganlah kamu cenderung kepada yang zalim, kelak kamu hampir kepada neraka..

Maka, ini soal prinsip perjuangan parti yang dasarnya keadilan, kebajikan, negara Islam..

Mendekati Umno, menyokong Umno, membantu Umno dalam keadaan dasarnya yang zalim, kejam akan mengheret kita kepada kemusnahan dan neraka Tuhan..

Wallahu’alam…

Read more.....

4:05 PM

(0) Comments

Henry Gurney, penjajah dan pengganas Malaya Merdeka

Lentera Jingga

Buletin Utama, TV3 20 Jun melaporkan bahawa kemuncak pembunuhan Sir Henry Gurney adalah kemuncak kepada kekejaman pengganas komunis.

Ada beberapa perkara yang mesti kita ingat sebelum menuding ke arah komunis dan memuja Henry Gurney.

Henry Gurney adalah penjajah. Penjajah British. Penjajah tentunya seorang pengganas. Komunis adalah pengganas, tetapi komunis bukannya penjajah. Di sini, kita kena ingat, siapakah yang lebih merbahaya?

Penjajah tentunya pengganas tetapi pengganas tak semestinya penjajah. Sekali lagi, siapakah yang lebih merbahaya?

Sesuai dengan namanya yang bersifat penjajah dan pengganas, negara kita telah mengabadikan nama Henry Gurney kepada sebuah sekolah jahat.

Henry Gurney Prisoners School atau Sekolah Tahanan Henry Gurney dan Sekolah Henry Gurney adalah sekolah penjaran di Melaka, Malaysia. Ia terletak di Teluk Mas.

Henry Gurney dari Palestin
Siapakah Henry Gurney ini? Buletin Utama TV3 tidak menjelaskan siapa beliau ini. Sebelum dia datang ke Malaya, dari manakah dia datang?

Menurut laporan, daripada 1944 sehingga 1946, beliau adalah Chief Secretary kepada kerajaan mandat Palestin. Selepas 1946, beliau dipindahkan ke Malaya sehingga 1948.

Jasa-jasa Henry Gurney agak besar dan cemerlang juga di Palestin. Dan ketika inilah wilayah Palestin mula dimasuki oleh Yahudi dan Zionis sedikit demi sedikit. Atas sebab itu, umat Islam sewajarnya mengenal siapakah sebenarnya Henry Gurney ini.

Lagu Malaya Tetap Merdeka (1959)


Berdasarkan rekod-rekod cemerlang beliau dalam usaha membantu Zionis melebarkan pengaruh penjajahan di Palestin itu, maka pada 1951, Henry Gurney telah ditembak mati dalam perjalanan pulang ke Bukit Fraser.

Namun, barangkali pihak komunis bukanlah membunuh Henry Gurney di atas wataknya sebagai pihak British yang membantu Zionis dalam penjajahan ke atas Muslim di Palestin.

Pihak komunis membunuhnya kerana beliau adalah wakil penjajah British yang mahu meluaskan taklukan empayar British ke atas Malaya. Justeru, mengapakah kita kesampingkan watak Henry Gurney ini sebagai penjajah Muslim di Palestin. Tuhan telah menggerakkan pasukan komunis untuk membunuh musuh kita sendiri yang telah memusnahkan Palestin.

Kalau pun kita tidak mahu berterima kasih kepada komunis kerana komunis itu pengganas, maka setidak-tidaknya kita kena mengetahui bahawa Henry Gurney adalah perancang keganasan dan arkitek penjajahan yang jauh lebih hebat cengkamannya ke atas kemanusiaan.

Betapa 'mulianya' Henry Gurney ini dalam pandangan kita sendiri sehingga selepas kematiannya akibat dibunuh komunis, maka kita pun mula melancarkan darurat untuk memerangi komunis.

Kepada Buletin Utama TV3, sebelum mengecam keterlaluan ke atas komunis, dedahkanlah terlebih dulu, siapa Henry Gurney ini kepada rakyat kita di Malaya Merdeka.

Merdeka!!!

Read more.....

4:02 PM

(0) Comments

Jawapan kepada Ashaari

Lentera Jingga

isu kerajaan perpanduan
Saturday, June 20, 2009 1:47 PM
From:
To: ibnuamir@yahoo.com

assalammualaikum saudara ibnuamir....

dari pembaca setia harakah daily net..anak johor

kami penyokong setia PAS merasa kecewa dgn apa yang berlaku sekarang.....mengenai ceta2 kerajaan perpaduan yg di mulakan oleh presiden PAS....

media2 pro BN hari2 memainkan ceta2 tentang kerjasama antara PAS dan UMNO....kami sungguh sedih sebab kami tetap membenci umno.....hanya kerajaan PAKATAN RAKYAT kami harapkan bukan kerjasama antara PAS dan UMNO.....

walaupun presiden PAS ada fikirannya sendiri mengenai kerajaan perpanduan tetapi kami rakyat yang ilmunya tak seberapa terganggu juga dgn propaganda media tersebut.....

kami masih berpengang pada kata2 NIK AZIZ....UMNO umpama telor2 tingallah penjajah yg perlu dihapuskan....disebabkan isu kerajaan perpaduan ini semangat kami terganggu sedikit kerana mainan media pro BN........dgn gelagat pepimpin2 atasan PAS sendiri yang mempunyai pelbagai alasan...turut menganggu fikiran kami......

jangan la sampai PR-13 nanti draf sokongan kepada PAS akan menurun.....jgnla lupa kami menyokong kerana ingin menjatuhkan umno dan bersatu tekad bersama PAKATAN RAKYAT yang diasakan oleh bekas presiden PAS Allahyarham Dato' Fadzil Nor, menerusi gagasan Barisan Alternatif (BA)

Tolangla saudara jelaskan seberapa perkara untuk meredakan keresahan kami penduduk2 kampung yang hanya mendapat berita lebih dari media pro BN..

sekian terima kasih

pembaca setia HARAKAH DAILY...anak kampung johor.


JAWAPAN:-

Saudara Ashaari,

Saya bukanlah orang yang layak untuk mengupas isu, mengulas sekali gus membedah politik di Malaysia. Tapi, setiap pertanyaan itu mestilah dijawab. Ini sikap saya. Dan, saya cuba menjawab yang terbaik dalam tempoh sekatan-sekatan ke atas tulisan dan pemikiran saya mutakhir ini.

Jawapan saya tidak lengkap dan mungkin mengecewakan tuan. Tuan perlu cari jawapan lain juga yang lebih lengkap. Bagaimanapun, saya cuba memberikan jawapan yang terbaik, tulus ikhlas.

Ramai orang bertanya, tapi saya tak dapat menjawab lantaran kesibukan saya sendiri. Tapi, oleh kerana tuan anak Johor, kubu kuat Umno maka saya pun tertarik menjawabnya. Seorang rakan baik saya dari JB juga kerap menghubungi saya, bertanyakan isu-isu Kerajaan Perpaduan ini.

Suhaizan Kayat, Pas Johor dalam mesyuarat GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) 12 Mei lalu di Damansara bersama Anwar Ibrahim telah menyebutkan bahawa cara untuk menjatuhkan Umno di Johor itulah langkah terbaik untuk memberi kesan mendalam dalam usaha memansuhkan PPSMI ini.

"Sebab, Umno ni parti politik, maka hanya dengan kuasa politiklah Umno boleh menukar dasar-dasarnya dan kubu kuat Umno adalah Johor. Jadi, kita kena tumpukan serangan kita di Johor," begitulah sedikit sebanyak idea yang terlontar dalam mesyuarat itu.

Pas berpecah dua mazhab
Sememangnya, Pas sudah berpecah kepada dua mazhab. Inilah yang merumitkan. Maka, usaha untuk menyatukan kembali hal ini ialah kita mesti adakan debat terbuka dalam kalangan Pas sendiri. Halangan utama, rintangan pertama dalam hal ini ialah kenyataan Mustapha Ali yang meminta kita semua tidak lagi membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan.

Kita mesti pastikan setiap pemimpin Pas, tak kira mereka di peringkat cawangan, rantingan atau di kawasan mana pun, mestilah bercakap, menzahirkan pendapat, mendesak sehingga terkeluar apa-apa sahaja isi butiran dalam kepala mereka.

Maklumat-maklumat yang tersimpan dalam kepala dan pemikiran mereka ini sangat berharga untuk dikaji. Paling penting, sebagai pendokong Pro-Pakatan, saya mahu tahu apakah yang ada dalam fikiran Mustapha Ali, TG Hj Abdul Hadi dan Ust Nasharudin sendiri berhubung isu UG ini.

Ketiga-tiga mereka ini mestilah berterus-terang dan memberikan pendapat mereka secara jujur dan berterus-terang kenapa mereka menolak usaha merestui lompat parti pada 16 September?

Tiba-tiba, mereka akhirnya menaja Kerajaan Perpaduan? Ini semua, adalah soalan-soalan asas dan saya percaya, petaka yang sebenarnya bermuara dari situ.

Ia, mungkin sebuah perang yang bermuara daripada fakulti hati dan bukan perang di madrasah fikiran. Kalau perang melibatkan idea, lebih mudah dijernihkan berbanding perang syak wasangka yang bermuara di hati, di mana kekeruhannya adalah petanda awal kepada kehadiran tsunami.

Saya tidak tahu di mana kekuatan saudara dan teman-teman. Tetapi, menurut hemat saya, kita mesti pastikan debat terbuka antara Pas Nik Aziz dan Pas Haji Hadi berlangsung dengan segera. Adakah Pas Johor boleh memulakan langkah ini? Iaitu, meminta tokoh gergasi kita berdebat?

Saya cuba desak agar Ketua Pemuda Pas masuk ke dalam Debat Kopitiam tetapi nampaknya hal itu tidak membuahkan hasil.

Baca Abaikan 'rayuan' yg melarang beri kenyataan ttg UG
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=2353

Rakyat akan berspekulasi jika pemimpin tidak menjawab
Sebagai penyumbang luar, saya tak dapat menghidu banyak hal apa-apa daripada pihak atasan. Jadi, rakyat akan menimbulkan andaian sendiri dan spekulasi oleh sebab mereka enggan jawab.

Jadi, tanggungjawab kita sekarang ialah memastikan bagaimana pemimpin ini, khasnya pelopor Kerajaan Perpaduan dalam Pas ini bercakap terus-menerus mengenai isu ini.

Dalam pusingan awal, kita dapati Kerajaan Perpaduan ini sudah lemah kerana ia hanya dibentuk ketika negara dilanda musibah perang, darurat. Malaysia setakat ini tiada perang.

Malah saya sempat bercanda bersama teman-teman. Satu-satunya negara yang mungkin serang kita ialah Mongolia. Ketika itu, mungkin wajar kita membuat Kerajaan Perpaduan.

Itu pun dengan beberapa pengecualian juga, tak mudah untuk kita bentuk UG. Kita perlu tanya kepada Mongolia, kenapa mereka mahu serang Malaysia.

Jika mereka kata, mereka mahukan Najib Razak kerana mahu menuntut bela ke atas Altantuya, ya serahkan saja Najib kepada mereka dan Mongolia tidak akan serang kita lagi. Tidak perlu lagi Kerajaan Perpaduan. Kembali kepada rancangan asal; PR jatuhkan BN dalam PRU ke-13.

Jikalau Najib diambil Mongolia sekali pun, dan ketika itu masih lagi kita nak tubuhkan Kerajaan Perpaduan, adakah kita fikir Muhyiddin senang-senang memberikan Mustapha Ali, Hj Abd hadi dan Nasharudin sebagai menteri kabinet, TPM dan PM.

Tidak sesekali. Muhyiddin yang dah lama mengidam jawatan itu dah tentu tidak membenarkan.

Itu salah satu contoh, misalan dan perbandingan secara gurauan untuk menggambarkan bahawa idea penubuhan Kerajaan Perpaduan itu mustahil dapat dilaksanakan.

Wallahu'alam..maaf jika jawapan ini tidak banyak membantu. Saya menggalakkan tuan bertanya kepada orang lain pula kerana saya sendiri sedang mencari jawapan daripada orang-orang yang lebih arif. Sekian, mohon maaf sekali lagi.

Read more.....

7:40 AM

(0) Comments

Abaikan 'rayuan' Cikgu Pa - buka semula wacana K'jaan Perpaduan

Lentera Jingga

ADEGAN MERAYU DIHENTIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN

Ketua Pemuda Pas tidak hadir debat berikutan wujudnya 'rayuan' Mustapha Ali ke atas semua pimpinan Pas, agar menutup perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan. Itu kenyataan beliau di Malaysiakini pada 12 Jun lalu.

Nampaknya, potensi penyokong PR mengangkat semula Kerajaan Perpaduan tetap ada. Apatah lagi, dalam kenyataan terbaru, Najib mengakui Pas ikhlas ketika membincangkan isu Kerajaan Perpaduan itu. Kalau Najib ada niat tersirat di sebaliknya, wallahu'alam.

Sebaik-baiknya, pemimpin Pas jangan mengelak daripada debat, jangan mengelak jika ada suatu jemputan khusus kepada mereka seperti acara Hujah, TV9.

'Rayuan' agar jangan cakap isu UG boleh ditolak

Berdasarkan kenyataan Mustpha Ali, nampaknya beliau masih lagi menyalahkan wartawan yang menulis isu kerajaan perpaduan. Walhal, isu itu tidak ditulis melainkan dengan wujudnya ucapan pimpinan parti terhadap isu tersebut.

Soalan cepu emas kepada Mustapha - adakah beliau berani menegur Tuan Guru Presiden, kalau orang nombor satu parti dengan tiba-tiba melanggar 'rayuan' beliau itu?

Apabila Ketua Pemuda Pas enggan hadir debat kopitiam, secara tidak langsung sudah ada rekod gelap di dalam fikiran rakyat - bahawa kita takut berdebat. Apatah lagi, penolakan untuk hadir debat itu hanya kerana taatkan 'rayuan' Mustapha Ali.

Presiden Pas pun tidak keluarkan arahan untuk kita berhenti berbincang isu Unity Government. Jadi, dengan kedudukan Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agung Pas, 'rayuan' kepada ahli Pas, media agar tidak menimbulkan lagi isu Kerajaan Perpaduan itu boleh ditolak.

Tiada salahnya menolak 'rayuan' yang datang daripada pimpinan tinggi Pas Pusat itu. Kita tidak akan berdosa. Itu confirm... Kita akan berdosa kalau kita bercakap lain dalam syura dan kita tak selaraskan kenyataan kita di luar syura.

Masuk semula Debat Kopitiam
Kita masih tunggu, kalau-kalau pendirian Ketua Pemuda Pas boleh berubah. Ini kerana 'rayuan' Mustapha Ali itu boleh diterima atau ditolak. Sekali lagi itu cuma rayuan Mustapha Ali dan bukan satu arahan.

Tak tahu pula, apa pendirian Presiden Pas mengenai 'rayuan' Mustapha Ali itu. Rasa-rasanya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pun akan terus bercakap lagi mengenai Kerajaan Perpaduan ini.

Ketika itu, kita terpaksa diam lagi dan mungkin tak berani menegur pemimpin atasan. Yang kita mampu buat, ialah marahkan selalu orang bawahan dan wartawan sahaja.

Akhirnya, baru-baru ini, acara debat tentang Kerajaan Perpaduan antara Pemuda PKR, Pemuda DAP itu ditangguhkan. Baca laporan Program debat halatuju PAS ditangguhkan.

Moga pihak penganjur debat kopitiam Kerajaan Perpaduan dapat mencari orang lain yang dapat bercakap mengenai isu tersebut jika jelas Ketua Pemuda Pas menolak untuk hadir sekali lagi.

Read more.....

4:10 PM

(0) Comments

Gempar! Penemuan isu Rosmah!

Lentera Jingga

Rosmah Perempuan Puaka! (trailer)


C4 Production, suatu kumpulan penyunting filem melalui laman portal YouTube telah mengorak langkah melalui penyiaran eksklusif berhubung isu-isu yang melibatkan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansur.

Kumpulan penyiaran itu telah melakukan temubual eksklusif ke atas kaum kerabat dan saudara mara Rosmah di Negeri Sembilan, termasuk adik beliau sendiri yang dilaporkan melarikan diri ke luar negara akibat tidak tahan dengan gangguan gangster.

Antara isu-isu lain yang menggemparkan ialah keterlibatan Rosmah dengan amalan syirik, kufur seperti mengamalkan ilmu sihir, menggunakan khidmat bomoh dan dukun.

Klip video itu baru disiarkan kepada umum melalui portal YouTube pada 9 Jun lalu.

Read more.....